Pep Guardiola menegaskan situasi kontraknya di Manchester City tidak memberi impak kepada potensi pembelian pemain akhir musim nanti.
Guardiola berkata dia teruja untuk memperbaharui kontrak berama City yang bakal tamat pada 2021, menjadikannya memasuki musim kelima di England.
Namun, City tampak perlu menambah kekuatan pasukan selepas tamat musim ini tetapi Guardiola berkata masa depannya tidak bergantung kepada nama pemain yang akan hadir.
"Ia bukan sebab utama mereka datang ke sini. Sewaktu saya di sini, ada pemain yang sudah melalui proses perbincangan tetapi tidak menyertai pasukan," katanya.
"Saya fikir kelab sudah cukup besar untuk menarik perhatian pemain yang mahu ke sini. Mereka mungkin mahu menyertai corak permainan kami atau menyaksikannya menerusi televisyen.
"Mereka juga mahu datang kena faktor ekonomi atau mahu mewakili City. Saya fikir Manchester City bukan penyelesaian yang negatif untuk pemain."
Menjelang aksi melayan kunjungan West Ham awal pagi esok, City kini ketinggalan 22 mata di belakang pendahulu, Liverpool, tetapi masih berpeluang merebut trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA serta selangkah ke final Piala EFL.
Guardiola tetap fokus terhadap saingan musim ini walaupun dia memberi bayangan kehadiran beberapa nama baru sebelum kempen 2020-21.
"Saya mempunyai idea tetapi belum bersedia tentangnya kerana musim belum tamat," tambahnya.
"Kami harus melakukan sesuatu kerana David Silva akan meninggalkan pasukan, begitu juga dengan sesetengah posisi yang perlu dipertingkatkan tetapi saya tidak tahu sebarang jumlah kerana pasaran sentiasa sukar, masih ada dua atau tiga bulan.
"Dalam tempoh itu, banyak perkara boleh berubah. Lihat Vincent Kompany musim lalu. Hampir sepanjang musim lalu dia sukar beraksi akibat kecederaan, kemudian menyertai pasukan dalam beberapa bulan terakhir dan kelihatan seperti pertahanan terbaik dunia. Jadi, apa sahaja boleh berlaku.
"Masih banyak perkara yang perlu kami perjuangkan walaupun ketinggalan jauh dalam liga.
"Kami di pentas final dalam beberapa minggu lagi, berpeluang dalam Piala FA, tempat kedua perlu diraih untuk mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan serta dua aksi getir menentang Real Madrid bakal menanti."
Editor: Nafis Abdullah