BOLA SEPAK MSIA
Kongres FAM: Christopher Raj azam tingkatkan nilai komersial bola sepak negara
Calon Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, mahu memperkasakan nilai komersial liga dan pembangunan bola sepak negara jika dipilih selaku ahli jawatankuasa eksekutif badan induk itu esok. Jawatan Exco menyaksikan persaingan paling ramai dalam pemilihan kongres FAM ke- 53 ini.
Seramai 17 calon bertanding bagi merebut lapan kerusi dengan semua calon mempunyai latar belakang tersendiri.
Ketika ia tertumpu kepada beberapa nama besar seperti bekas pengadil negara, Subkhiddin Salleh, Christopher yang juga bekas pengamal media adalah antara calon yang wajar dipertimbangkan berdasarkan keazamannya terhadap bola sepak negara.
Iklan
"Pengkomersialan nilai hak penyiaran merupakan salah satu langkah untuk menyalurkan dana kepada persatuan bola sepak negeri dan kelab bagi membantu meningkatkan mutu bola sepak negara," katanya.
Christopher juga bukan asing kepada warga bola sepak tanahair kerana pernah berkhidmat dengan badan induk itu selama 11 tahun sebagai pegawai media, bermula pada 1992.
Must-Watch Video