Skip to main content

Bola Sepak

Konflik Costa, Atletico selesai secara dalaman

diego-costa.jpg
Diego Simeone mendedahkan masalah disiplin berkaitan penggempur Atletico Madrid, Diego Costa, telah diselesaikan.

Costa dilaporkan enggan berlatih semalam selepas dikenakan tindakan disiplin oleh majikannya berikutan kad merah dikutipnya ketika menentang Barcelona.

Serangan terhadap pengadil ketika berdepan pendahulu LaLiga itu menyaksikan Costa dibuang padang, awal bulan ini yang menyebabkannya digantung lapan perlawanan.

Biarpun harapan Atletico untuk bergelar juara LaLiga semakin tipis, Simeone sebaliknya mempertahankan penyerang tersebut menjelang kunjungan ke Eibar, malam ini. 

"Apa yang boleh saya kongsikan tentang keadaan situasi dalaman ialah kami telah menyelesaikannya semalam manakala Diego telah menyambung latihannya bersama kami hari ini," kata Simeone dalam sidang akhbar, semalam. 

"Saya telah menjelaskannya beberapa kali, saya tidak akan mengubah tanggapan saya terhadap Diego. Dia tidak mengharungi musim yang baik berikutan dihimpit masalah kecederaan dan saya tidak meragui bahawa pada musim depan, semua pemberontakan dan pemain yang berada dalam situasi sulit musim ini akan bertambah baik. 

"Musim ini dia tidak mendapat rentak, maka apabila disisihkan sehingga akhir musim ini telah membuatkannya memberontak. Costa akan dahagakan kejayaan dan dia mempunyai keinginan untuk mengubah keadaan ini.

"Pemain pada hari ini tidak boleh boleh menjamin kedudukan mereka pada masa akan datang. Pintu untuk pemain pergi sentiasa terbuka. Kami sentiasa mahu bersaing dengan yang terbaik dan yang kami harap dapat menjadi pasukan yang mantap dan terus berkembang."

Ditanya lagi mengenai bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Costa berhubung penggantungan itu, Simeone menambah: "Saya telah menjelaskan dari awal lagi, ini adalah isu dalaman dan telah diselesaikan secara dalaman dan telah pun diselesaikan.

"Ia adalah isu dalaman dan kami menyelesaikannya secara dalaman. Dalam keluarga apabila situasi seperti ini berlaku, ia akan diselesaikan tanpa kami mendedahkannya sebarangan."

Atleti boleh meningkatkan peluang untuk menamatkan saingan di tangga kedua di atas seteru setempat, Real Madrid, jika membenam Eibar.

"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar seperti setiap pasukan yang menentang Eibar," kata Simeone. "Mereka adalah pasukan yang gemar memberikan tekanan dan antara yang terbaik dalam bola sepak Sepanyol.

"Mereka menunggu pihak lawan melakukan kesilapan. Kami tahu karakter mereka dan kami akan cuba, terutama untuk melakukannya dengan cara yang terbaik di laman sendiri."

Diego Godin dan Thomas Lemar boleh diturunkan selepas masing-masing pulih daripada pembedahan kecederaan paha dan hamstring.
 

Advertisement

Must Watch Video