Pep Guardiola melihat Vincent Kompany sebagai pemain yang "istimewa" selepas kapten Manchester City itu menyambut ulang tahun yang ke-10 bersama pasukan.
Kompany menyertai City daripada Hamburg pada 22 Ogos 2008 dan sejak itu, dia telah memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga Piala Liga dan dua Perisai Komuniti.
Pemain berusia 32 tahun itu bergelut dengan kecederaan sejak kehadiran Guardiola di City, dengan hanya membuat 28 penampilan aksi EPL sejak bekas pengendali Barcelona itu mengambil alih pasukan sejak dua musim lalu.
Tetapi pengurus City itu memuji pencapaian yang diraih Kompany sejak sedekad yang lalu dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pemain kebangsaan Belgium itu.
"Apabila seorang pemain bersama satu kelab selama 10 tahun, ia menunjukkan bahawa dia memiliki keistimewaan," katanya.
"Jadi, anda perlu berbangga seperti saya kerana dapat bekerjasama dengan pemain seperti Kompany.
"Ini akan menjadi tahun ketiga kami -- terima kasih."
Rakan sepasukan Kompany turut meraikan pencapaian itu, dengan penjaga gol, Claudio Bravo, berkata: "Tidak ramai pemain yang yang memiliki keistimewaan yang dimiliki oleh Kompany."
Benjamin Mendy turut berkata, "Anda dilahirkan untuk bersama City. Seorang pemain yang berkualiti, kapten yang memiliki pengalaman yang luas."