Kejayaan Kedah membenam Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam saingan Liga Super semalam tidak melibatkan perubahan strategi dan taktik, sebaliknya terhasil daripada komitmen semua pemain untuk bangkit selepas tewas kepada Kuala Lumpur sebelum ini.
Penolong ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag, berkata sejak menggalas tanggungjawab mengendalikan Lang Merah, dia hanya mengharapkan pemain bangkit semula dan menang dalam perlawanan itu bagi menaikkan motivasi pemain untuk kekal dalam kelompok ketiga teratas carta.
"Kemenangan ini datangnya daripada kehendak pemain dan komitmen pemain untuk bangkit selepas tewas kepada Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Itu matlamat besar mereka," katanya.
Andrag yang juga bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Kedah musim lalu kini mengendalikan Lang Merah selepas ketiadaan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, yang mengikuti Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 selama 11 hari di ibu negara bermula Ahad lalu.
Dia berkata kehadiran semula pemain pertahanan, Mohd Rizal Ghazali, serta penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Che Kasim, turut mengembalikan semula kekuatan pasukan selain Muhammad Farhan Roslan yang bijak mengisi bahagian tengah selepas Anmar Fares Almubaraki tidak diturunkan akibat kecederaan.
"Farhan berjaya membuktikan kemampuannya selepas Anmar tidak dapat beraksi. Saya rasa dia bermain cukup baik malam ini dan sebelum ini pun, kami ada buat perancangan masa Anmar, kami kerap buat pertukaran di tempat Anmar dengan Farhan, N. Thanabalan dan pemain lain. Jadi, kami tiada masalah pemain untuk mengisi di bahagian tengah," katanya.
Andrag menarik perhatian terhadap kejayaan meraih tiga mata itu telah menyuntik semula keyakinan pemain untuk perlawanan Piala FA bertemu PJ City FC di Stadium Darul Aman, Selasa ini.
Kedah kini di tangga ketiga Liga Super dengan mengumpul 15 mata di belakang Pahang dan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sementara itu, penolong ketua jurulatih Terengganu FC, Mohamad Nik, berkata ketiadaan penyerang berbisanya, Lee Tuck, banyak mempengaruhi perlawanan sehingga tewas di tangan tuan rumah dengan tiga jaringan.
"Kami banyak hilang bola dan tiada penyudah walaupun pemain banyak mencipta peluang menjaringkan gol," katanya yang tetap memuji anak buahnya yang memberikan tentangan hebat kepada Kedah, terutama dalam separuh masa kedua.
Mohamad berharap pasukannya itu mempunyai peluang dalam Piala FA selepas melihat tiada harapan dalam Liga Super.
"Cuma saya harap pemain ambil peluang ini dan tumpu kepada Piala FA kerana tak banyak langkah dah untuk ke suku akhir dan berada dalam lapan pasukan terbaik," katanya.
-- BERNAMA