Skip to main content

Bola Sepak

Koke mahu terus tabur bakti bersama Atletico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

20517koke.jpg
Koke telah memberikan isyarat bahawa dia mahu kekal bersama Atletico Madrid sehingga bersara.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang berjaya mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama yang pertama pada 2009, telah membuat 200 penampilan buat Atleti.

Menjuarai LaLiga bersama Atletico pada musim 2013-14, Koke tidak memiliki perancangan untuk meninggalkan kelab itu di sebalik masa depan jurulatih, Diego Simeone, yang dikhabarkan akan menyertai Inter.

"Saya telah memenangi gelaran bersama pasukan ini dan berharap untuk melakukannya di masa akan datang," kata Koke.

"Saya mahu bersara di sini. Saya telah mula bersama pasukan sejak berusia enam tahun.

"Kami berjaya mencapai sasaran musim ini dengan menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

"Kami sentiasa mahu menjuarai gelaran tetapi pengakhiran musim lalu sukar diterima oleh kami."

Atletico Madrid bakal menamatkan saingan musim ini dengan perlawanan berdepan Athletic Bilbao di Vicente Calderon.

Advertisement

Must Watch Video