Skip to main content

Bola Sepak

Kojie mahu terus tambah jaringan

img-20190821-wa0094.jpg
Penyerang The Red Warriors (TRW), Muhammad Fauzi Roslan atau Kojie, berjanji mahu terus menajamkan aksi penyudah dengan membantu Kelantan menumpaskan Sarawak dalam saingan Piala Cabaran, malam ini.

"Alhamdulillah, dua jaringan di Kuching memberi lebih semangat kepada saya. Terima kasih kepada rakan sepasukan yang berusaha gigih mencipta peluang.

"Jika ada rezeki, saya mahu menambah koleksi jaringan peribadi tetapi kemenangan Kelantan menjadi fokus utama.

"Insya-Allah, kami mahu layak secepat mungkin ke separuh akhir tanpa menunggu aksi terakhir menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II di gelanggang lawan," katanya.

Dalam masa sama, dia yang memiliki pengalaman luas dalam Liga Malaysia yakin ketiadaan penyerang import, Seydi L'Imam, akibat kecederaan bahu tidak akan menjejaskan rentak serangan TRW.

Kojie juga mengajak penyokong setia TRW untuk turun padang memberi sokongan kepada skuad muda Kelantan.

"Kelantan memiliki ramai penyerang muda yang berbakat dan kami telah buktikan di Kuching, pemain tempatan juga mampu menggalas tanggungjawab dengan baik jika diberi peluang," tambahnya.

"Ini aksi terakhir di gelanggang sendiri dan sokongan padu peminat sangat ditagih untuk kami memburu kemenangan kedua berturut-turut."

Kredit Foto: Malaysian Football League (MFL)

Advertisement

Must Watch Video