Skip to main content

Bola Sepak

Koeman puji aksi mantap Gueye

gueye-hazard-cropped_6747g08akuy51980059dz60m7.jpg
Ronald Koeman memuji persembahan Idrissa Gueye kerana berjaya mengekang pergerakan Eden Hazard meskipun Everton tewas 3-0 kepada Chelsea, malam tadi.

Meskipun tewas dengan tiga gol, namun Everton banyak memberi kesukaran kepada Chelsea di Goodison Park.

Pedro, Gary Cahill dan Willian bertanggungjawab dalam menghasilkan gol buat The Blues, namun Hazard menyepi dalam perlawanan tersebut apabila bintang Belgium itu dikawal rapi oleh Gueye.

"Gueye menjalankan tugasnya dengan baik," Koeman memberitahu wartawan. "Bukan mudah untuk menjaga pemain seperti Hazard.

"Dia berjaya mengekang pergerakannya, dia bermain dengan agresif dan walaupun tewas, kami berjaya menyekat salah satu daripada kekuatan Chelsea. Satu persembahan mantap oleh Gueye."

Sementara itu, Koeman yakin keputusan tersebut membawa kelegaan kepada Chelsea.

"Kami bermula dengan baik dan sedikit tidak bernasib baik pada minit pertama perlawanan kerana sekadar mengegar tiang gol. Kami melakukan beberapa kesilapan tetapi saya berasakan kami melakukan tugas dengan baik sebelum gol pertama hadir.

"Selepas itu, lebih sukar untuk kami melakukan percubaan. Sudah tentu ketika itu Chelsea mendapat ruang yang lebih luas untuk menyerang sebelum gol kedua yang membunuh kami hadir.

"Mungkin kami tidak layak tewas dengan jaringan 3-0 tetapi inilah bola sepak."

"Bagi saya mereka tidak memberi saingan daripada segi fizikal tetapi mereka memiliki pemain yang lebih berpengalaman."

Advertisement

Must Watch Video