Kemampuan ketika bertahan yang dipamerkan Frenkie De Jong menerima pujian Ronald Koeman setelah Belanda menewaskan England 3-1 dan mara ke final Liga Negara-Negara UEFA.
De Jong yang bakal menyertai Barcelona menjelang musim 2019-20 jelas menyinar buat skuad The Oranje dalam aksi di Guimaraes, Portugal itu awal pagi tadi.
Belanda terpaksa bangkit daripada ketinggalan setelah Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti sebelum Matthijs De Ligt menembus kesilapannya menerusi tandukan gol penyamaan.
Bagaimanapun, John Stones melepaskan bola kepada Memphis Depay sehingga membawa kepada jaringan sendiri Kyle Walker sebelum Ross Barkley mudah diatasi Quincy Promes untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Walaupun wujud kesilapan di kedua-dua pihak, De Jong dilihat tetap tenang mengemudi bahagian tengah, melakukan 106 hantaran dan 128 sentuhan sehingga muncul pemain terbanyak memegang bola dalam pertemuan itu.
Namun, dia menyinar dengan hantaran tepat yang sering dilakukan serta turut melengkapkan 13 pemulihan dan lima terjahan untuk membuatkan Koeman berasa kagum.
"Sudah tentu dia pemain terbaik perlawanan kerana dia yang layak," ujar bekas pengendali Everton itu.
"Setiap orang mahu melihat apa yang bakal dia lakukan dengan bola dalam keadaan tenang, namun secara bertahan, dia juga meraih perebutan bola di bahagian tengah. Hebat apabila dapat melihat pemain beraksi.
"Hebat dapat menyaksikan aksi De Jong seperti ini. Ia tampak mudah tetapi tidak sebenarnya. Mereka layak menang semalam," tambahnya.
Aksi final Ahad ini bakal menemukan bek tengah yang dilaporkan bakal mencabar anugerah Ballon d'Or, Virgil Van Dijk, dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, selaku pemenang lima kali anugerah itu.
Namun, Koeman berasa pertemuan dua individu itu tidak sepatutnya mengatasi kemegahan perlawanan di Porto itu nanti.
"Ia bukan pertempuran di antara dua pemain tetapi melibatkan Portugal dan Belanda," katanya.
"Kami tahu kadangkala sukar untuk bertahan daripada Ronaldo, namun kami mahu mengekalkan bola dengan kawalan yang baik. Sentiasa ada perkara yang boleh ditingkatkan. Seluruh pasukan gembira dan yakin selepas permainan yang dipamerkan.
"Kami mempunyai kelompok bakat muda yang besar, pasukan yang berpengalaman berteraskan dua pemain yang menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah. Kemudian, pengalaman yang ada dikongsi dan kami melepasi separuh akhir dan ke pentas final. Ia menjadikannya sukar," katanya lagi.