LALIGA
Koeman kecewa tidak dapat sokongan penuh Barcelona
Pengurus Barcelona, Ronald Koeman, meluahkan kekesalannya berhubung masa depannya sendiri yang terus menjadi teki teki sambil memberi isyarat tidak menerima sokongan penuh daripada kelab itu.
Gergasi Catalan itu menuju ke perlawanan terakhir LaLiga 2020-21 menentang Eibar, tengah malam ini, sambil mengetahui mereka hanya mampu menamatkan saingan ini di tempat ketiga.
Selepas permulaan terumbang-ambing, rekod 19 perlawanan tanpa kalah mendorong Barca untuk kembali menjadi pencabar gelaran tatkala pendahulu, Atletico Madrid, mulai goyah.
Iklan
Bagaimanapun, mereka hanya menang tiga kali dalam lapan perlawanan terakhir liga, sekali gus ketinggalan lima mata di belakang Real Madrid dan memiliki jurang tujuh mata dengan Atleti menuju kemuncak saingan.
Prestasi Barca baru-baru ini -- ditambah pula terkandas di peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) kepada Paris Saint-Germain -- secara tidak langsung meletakkan masa depan Koeman dalam persoalan serius walaupun memenangi Copa del Rey, bulan lalu.
Presiden Barca, Joan Laporta, dilaporkan telah memutuskan untuk melantik pengurus baru untuk musim depan berikutan kecewa dengan cara Barca membiarkan cabaran mereka merebut gelaran terlucut dalam beberapa minggu terakhir.
1 - Last night vs Granada, Barcelona suffered a LaLiga defeat at the Camp Nou despite leading at half-time for the first time since May 2008, when under Frank Rijkaard, they lost 2-3 to Mallorca - a season in which @realmadriden won the league and Barca finished third. Troubling. pic.twitter.com/cTzH3KUvAD— OptaJose (@OptaJose) April 30, 2021
Koeman berharap dapat bersemuka dengan Laporta selepas perlawanan di Ipurua dan meskipun dia ingin terus berada di Camp Nou, dia menyedari keputusan bukan di dalam genggamannya.
"Saya tidak pasti apakah saya akan kekal," katanya.
"Saya belum bercakap dengan presiden. Kami telah bersetuju untuk berbincang selepas akhir musim ini.
"Kita akan lihat. Saya mahu kekal dan menghabiskan kontrak yang ada. Ada banyak perubahan yang perlu dilakukan. Presiden yang akan membuat keputusan muktamad.
"Saya tidak pasti apa yang akan berlaku. Saya sangat sayangkan kelab ini dan jika kelab berpendapat saya bukan orang yang selayaknya untuk memimpin pasukan ini, maka mereka akan mengatakan sedemikian.
"Saya akan melontarkan pendapat saya dan itu sahaja. Sehingga saya bercakap dengan Laporta, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut.
"Ini bulan terakhir. Anda harus lebih menghormati jurulatih dan pemain. Saya faham mereka terganggu kerana dalam beberapa hari terakhir ini, mereka tidak layak dilayani media seperti itu."
Koeman terus memberi isyarat bahawa dia tidak berasakan seolah-olah tidak mendapat sokongan penuh daripada ahli tertinggi kelab berikutan hanya menang sekali dalam lima perlawanan baru-baru ini.
Kemuncaknya ketika mereka menempa kekalahan mengejut 1-2 kepada Celta Vigo lalu memusnahkan sisa harapan kejuaraan Barca yang masih ada.
"Di bahagian akhir musim ini, saya tidak berasakan sokongan memandangkan kami belum membincangkan masa depan. Saya faham kedudukan saya di kelab seperti ini," katanya.
"Walaupun ada perubahan yang dilakukan, saya sering menyahut cabarannya. Saya menjadi satu-satunya jurucakap bagi pihak kelab dalam kebanyakan masa dan ia harus diakui.
"Pada akhirnya, sekiranya mereka fikir kami memerlukan jurulatih atau pemain baru, ia tidak menjadi masalah tetapi biarlah ada komunikasi."
Must-Watch Video