Skip to main content

Bola Sepak

Kluivert kemudi La Masia selaku pengarah pembangunan

patrick-kluivert-cropped_tnvbhyonu62514odnb57uheyq.jpg
Patrick Kluiver telah dilantik sebagai pengarah pembangunan bola sepak di Barcelona menerusi kontrak selama dua tahun.

Pelantikan itu menyaksikan bekas bintang skuad kebangsaan Belanda itu kembali bersama kelab yang diwakili selama enam musim itu sewaktu bergelar pemain.

Kluivert akan bertanggungjawab memantau akademi La Masia yang pernah melahirkan pemain seperti Lionel Messi, Gerard Pique dan Sergio Busquets.

"Saya sangat gembira dapat kembali dan tidak sabar memulakan era baru dengan cabaran memastikan Barca kekal selaku pasukan gergasi dunia," katanya.

"Saya membesar bersama akademi Ajax yang mempunyai persamaan dengan La Masia dan saya fikir akan dapat melakukan banyak perkara dalam perkembangan pemain muda Barca."

Pengumuman itu dilakukan seminggu selepas bekas pemain berusia 43 tahun itu dipecat oleh skuad kebangsaan Cameroon.

Ketua jurulatih, Clarence Seedorf, dan pembantunya, Kluivert, telah ditamatkan kontrak selepas gagal mengemudi The Indomitable Lions melepasi pusingan 16 dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika.

Sejak bersara pada 2008, Kluivert berkhidmat bersama banyak kelab Liga Eredivisie dan merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan di bawah Louis Van Gaal sewaktu Belanda menamatkan Piala Dunia 2014 di tempat ketiga.

Dia pernah mengemudi skuad kebangsaan Curacao serta berkhidmat selaku pengarah bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) selama semusim.

Advertisement

Must Watch Video