Skip to main content

Bola Sepak

Klopp yakin dapat guna khidmat Matip, Can hadapi Bournemouth

emre-can_1.jpg
Jurgen Klopp percaya Joel Matip dan Emre Can sempat cergas untuk beraksi menentang Bournemouth selepas ditimpa kecederaan ketika menghadapi Everton, Sabtu lalu.

Dalam pertembungan keras itu, anak buah Klopp menang 3-1 manakala khidmat Can dan Matip yang tercedera diragui untuk menghadapi pasukan bimbingan Eddie Howe itu di Anfield, awal pagi esok.

Klopp berharap pasangan itu akan dapat diturunkan ketika Liverpool berpeluang menjarakkan kedudukan dengan pasukan di tangga kelima, Manchester United, yang seri 1-1 dengan Everton awal pagi tadi dalam usaha memburu kelayakan Liga Juara-Juara.

"Emre mempunyai kesan lebam di serata tubuhnya," kata Klopp kepada pemberita.

"Kami memberinya rehat pada Isnin lalu kerana dia ditimpa sakit belakang dan lutut. Mujur, tiada apa-apa yang serius. Saya harap dia akan cergas.

"Joel mempunyai sedikit masalah dengan bahagian belakangnya. Dia merujuk kepada doktor sebelum sesi latihan dan kami akan menilainya nanti. Dia sepatutnya okay."

Pemain antarabangsa England, Adam Lallana, Daniel Sturridge dan Jordan Henderson, sudah pun tersisih dan Sadio Mane merupakan seorang lagi pemain yang mengalami kecederaan ketika menentang Everton tetapi Klopp berkata dia gembira dengan pemain yang ada. 

"Kami tidak memikirkan apa yang terlepas, kami memikirkan tentang apa yang boleh kami lakukan untuk memenangi perlawanan ini," kata Klopp.

"Saya tidak ingat bila kali terakhir semua pemain sedia diturunkan dan keputusan ini adalah benar-benar sukar untuk dibuat. Ia akan menjadi kesebelasan yang sama, tetapi tidaklah begitu sama.

"Kami mempunyai pilihan yang berbeza. kami boleh menurunkan barisan berpengalaman atau muda."

Advertisement

Must Watch Video