Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak pernah meragui kualiti Daniel Sturridge ketika beliau membuat persiapan memastikan The Reds menamatkan saingan di kelompok empat terbaik.
Sturridge sekali lagi terpaksa diketepikan kerana mengalami masalah kecederaan, menjaringkan dua gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 18 penampilan -- walaupun diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak lima kali.
Kemenangan ke atas West Ham dan Middlesbrough akan memastikan Liverpool mengakhiri saingan EPL di tempat ketiga, memadai buat mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Menjelang pertemuan di Stadium London esok, Klopp menegaskan kembali cergas dan berkemungkinan besar akan diturunkan.
"Saya tidak pernah sekalipun meragui Daniel Sturridge," katanya.
"Apa yang berlaku kepadanya bukan kesilapannya.
"Saya meletakkan kepercayaan kepada Sturridge 100 peratus. Dia adalah seorang penyerang yang berkualiti.
Masalah kecederaan untuk melanda penyerang kelahiran Brazil, Roberto Firmino akan memberikan ruang buat Sturridge membuktikan bahawa dia masih mampu menggalas tanggungjawab sebagai penyerang utama pasukan.
Klopp menyifatkan ia adalah waktu yang ideal buat pemain kebangsaan England itu untuk melakukannya.
"Daniel adalah pilihan yang terbaik tetapi segalanya bergantung samada dia cergas ataupun tidak.
"Ini adalah masa yang tepat buat Sturridge untuk mempamerkan kualiti yang dimilikinya."