Jurgen Klopp berkata dia tidak pernah menjangkakan Manchester United akan memperoleh keputusan positif ketika menentang Manchester City sewaktu Liverpool sedang bersaing memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Liverpool perlu mengharapkan United untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam perlawanan di Old Trafford, semalam, namun skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tewas 0-2 kepada City.
Kemenangan itu meletakkan City berkelebihan satu mata di puncak liga bagi memintas Liverpool menjelang tiga perlawanan terakhir musim ini, namun ia tidak mengejutkan pengurus The Reds itu.
"Ia bukan peluang terakhir kami selepas perlawanan itu. Mengapa ia perlu menjadi peluang terakhir kami?
"Jika sesiapa menjangkakan United buat masa ini mampu mengekang City, City adalah terlalu bagus untuk ditewaskan.
"Saya menyaksikan perlawanan itu di depan televisyen dan saya tidak berasa gugup.
"Saya bukan seperti, 'Oh tidak, mengapa mereka melakukan seperti ini? Lingard!'
"Saya tidak gemar menyaksikan perlawanan itu kerana ia tiada kena-mengena dengan kami.
"Saya hanya mahu mendapatkan maklumat dan itu sahaja.
"Segala-galanya masih berjalan baik dan jika terdapat sesiapa yang sudah tidak mempercayainya, saya tidak dapat mengubahnya.
"Jika anda masih mempercayainya, selamat datang ke kelab saya.
"Saya hanya mahu menamatkan tiga perlawanan terakhir dan melihat apa yang kami mampu lakukan.
"Saya amat gembira jika kami mengumpulkan 97 mata.
"Jika kami dapat melakukannya, ia merupakan musim yang luar biasa dan jika masih ada sesiapa yang mengatakan sesuatu tentang pasukan kami, saya tidak akan mengambil kisah.
"Mengumpulkan mata sebanyak itu amat luar biasa, namun masih banyak perkara yang kami perlu lakukan," katanya.
Liverpool berpeluang untuk memintas City -- yang akan berkunjung ke Burnley, Ahad ini -- ketika melayani kunjungan Huddersfield Town, awal pagi Sabtu ini.