Jurgen Klopp berkata laporan yang mengaitkan dirinya dengan Juventus adalah mengarut dan menegaskan dia tidak berniat untuk meninggalkan Liverpool.
Juara Serie A, Juventus, sedang mencari ketua jurulatih baru selepas kehilangan Massimiliano Allegri.
Jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, pengendali Chelsea, Maurizio Sarri, dan pengurus berstatus ejen bebas, Antonio Conte, merupakan sebahagian nama yang dikaitkan untuk mengisi kekosongan itu.
Lembaga pengarah Bianconeri dilaporkan sedang memantau Klopp dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola, yang dilihat sebagai calon ideal -- walaupun tidak realistik -- namun pengendali berbangsa Jerman itu menepis segala andaian dan sebaliknya fokus terhadap aksi final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.
"Sudah pasti ia adalah liga yang saya gemari. Itali negara yang sangat cantik, namun khabar angin mengenai saya ke Juventus itu adalah mengarut," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Tiada satu pun kebenaran mengenainya. Saya tidak akan meninggalkan Liverpool.
"Saya amat mengenali Serie A. Saya mengikuti dan menggemarinya, namun saya akan kekal di Liverpool," katanya.
Liverpool akan berharap untuk dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali keenam ketika bertemu Tottenham Hotspur dalam final Liga Juara-Juara Eropah di Wanda Metropolitano, hujung minggu ini.
The Reds tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam final musim lalu.