Jurgen Klopp menerima hakikat dia akan dinilai menerusi trofi di sebalik menegaskan tidak akan melupakan musim cemerlang Liverpool.
Liverpool berpeluang memenangi gelaran pertama di bawah kendalian Klopp apabila berdepan Tottenham dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) di Mardrid awal pagi esok.
Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, mempertahankan Klopp, dengan menganggap pengendali kelahiran Jerman itu tidak harus dinilai menerusi kekalahannya dalam dua aksi penentuan UCL.
Ketika bersetuju dengan Pochettino, Klopp menyedari dia akan dinilai menerusi bilangan trofi yang dimenanginya.
"Saya berasakan Pochettino betul tetapi ia tidak penting,” kata Klopp.
"Namun, saya akan tetap dinilai dengan apa yang kami menangi dan apa yang gagal dirangkul.
"Secara peribadi, musim ini akan sentiasa dikenang kerana kami berjaya mengutip 97 mata. Ia akan kekal dalam ingatan saya.
"Menilai seorang jurulatih menerusi kejuaraan yang diraih adalah perkara yang remeh kerana kami menghadapi situasi yang berbeza. Kami membimbing pasukan berbeza di kelab yang berbeza.
"Apa yang anda miliki sebelum ini akan membantu tetapi anda perlu bersedia," ujarnya.
Klopp tewas tiga aksi final sejak mengambil alih Liverpool pada Oktober 2015, termasuk aksi penentuan UCL musim lalu.
Tetapi bekas pengendali Borussia Dortmund itu berkata jurulatih harus dinilai lebih daripada gelaran yang dimenangi.
"Sebilangan besar kami, sebagai jurulatih, tidak menilai antara satu sama lain menerusi gelaran.
"Saya tidak mengatakan pengurus Manchester City, Pep Guardiola, adalah yang terbaik tetapi dia memenangi gelaran secara konsisten.
"Tetapi perkara yang lebih tepat adalah corak permainan yang diketengahkan dan perkara itu yang lebih penting harus dinilai," katanya.