BARCELONA 3 LIVERPOOL 0
Lionel Messi dilabel "tidak dapat dihalang" oleh Jurgen Klopp selepas penyerang Barcelona itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 dalam pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Liverpool.
Walaupun agak tenggelam sepanjang aksi di Camp Nou, Messi meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit daripada jaringan pembukaan Luis Suarez untuk dia mencapai angka 600 gol buat kelab itu, awal pagi tadi, bagi meletakkan Barca sebelah kaki untuk mara ke perlawanan akhir UCL.
Jaringan pertama Messi hadir selepas dia menolak masuk bola yang terkena palang susulan percubaan Suarez manakala gol keduanya dilakar menerusi sepakan percuma gemilang dari jarak 30 ela.
Ia gol ke-600 Messi sejak membuat kemunculan pertama bersama Barca 14 tahun lalu dan kelibatnya terbukti penting buat pasukannya.
"Pada ketika ini, dia tidak boleh dihalang," kata Klopp dalam sidang akhbar.
"Jelas sekali kami tidak dapat menafikan sepakan percuma tersebut. Dia seorang pemain bertaraf dunia.
"Gol kedua -- menjadikan kedudukan 2-0 -- mungkin bukanlah jaringan menarik dalam kariernya, namun dia mempamerkan kemahirannya untuk berada di kedudukan tepat. Selain itu, saya gembira dengan cara kami bertahan.
"Saya merupakan peminat tegarnya tetapi barisan pemain saya tidak menunjukkan rasa hormat terhadapnya pada malam ini.
"Mereka berjuang dengan cuba bermain bersih, kami tidak menanganinya dengan kekasaran atau apa sahaja cara untuk cuba mengeluarkannya daripada permainan. Kami hanya bermain bola sepak dan saya menggemarinya.
"Saya sedar Messi adalah pemain bertaraf dunia dan sekarang ini saya menyaksikannya sekali lagi. Secara jujurnya, saya tidak terlalu terkejut," katanya.
Liverpool menguasai permainan sebelum jaringan Suarez dilakar tetapi Sadio Mane terlepas peluang situasi satu lawan satu dengan penjaga gol dan James Milner turut melepaskan dua peluang manakala percubaan Mohamed Salah dinafikan Marc-Andre ter Stegen.
Gol kedua Messi itu hadir selepas percubaan Salah menggegar tiang untuk Barcelona membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik minggu depan, namun Klopp belum bersedia untuk memberikan laluan mudah.
Ditanya sekiranya pasukannya masih mempunyai peluang untuk mara, jawab Klopp: "Oleh sebab ini adalah bola sepak, ya, tetapi sebelum perlawanan ini, kami mempunyai peluang yang lebih besar. Inilah rumusan saya.
"Ia sesuatu yang sukar, apa yang boleh saya katakan? Ini adalah Barcelona. Itu sukar untuk dielakkan.
"Oleh kerana ini adalah bola sepak, kami perlu mencuba tetapi kami tidak akan mudah mengatakan, 'Ini adalah apa yang kami mahukan. Memasuki babak kedua, kami akan dapatkan gol awal dan tentang itu semua.' Ia satu perlawanan yang sangat sukar."