Skip to main content

Bola Sepak

Klopp syukur buat trio penggempur

cropped_evv3gpg868781hes212qtmvyt.jpg
Jurgen Klopp berkata dia bersyukur kerana memiliki Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane selepas Liverpool melalui permulaan cemerlang musim ini.

Skuad The Reds itu menjaringkan sembilan gol dalam empat perlawanan kompetitif musim ini sambil trio itu terlibat dalam kesemua jaringan tersebut.

Mane memulakan kempen musim ini dengan penyudah tajam setelah menjaringkan tiga gol dan mencipta satu bantuan jaringan sewaktu Firmino menghadiahkan kemenangan 2-1 ke atas Southampton, Sabtu lalu.

Trio itu menjadi rangkaian penggempur berbisa di England serta Eropah selama beberapa musim dan Klopp menyifatkan dirinya sebagai bertuah kerana memiliki khidmat tiga pemain tersebut.

Bercakap kepada laman web rasmi Liverpool, dia berkata: "Dalam hidup, saya beberapa kali memiliki pemain sensasi tetapi bukan bertaraf dunia.

"Kini, saya bersyukur memiliki mereka dan trio ini memberikan perbezaan. Kami tidak perlu bercakap tentang itu.

"Mane, Firmino dan Salah, mereka sangat berbisa di depan gol.

"Kami sentiasa memberi ancaman ketika berdepan Southampton tidak kira ketika penat. Ia hebat dan sudah tentu memberikan perbezaan. Kami tidak perlu bercakap tentangnya."

Liverpool akan meneruskan aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini apabila melayan kunjungan Arsenal pada Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video