Bekas pemain tengah Juventus, Claudio Marchisio, ingin melihat Jurgen Klopp mengemudi kelab gergasi Itali itu sekiranya Massimiliano Allegri mengosongkan kerusi panas tersebut walaupun dalam masa yang sama, dia menganggap langkah itu adalah mustahil.
Masa depan Allegri dalam keraguan sejak Juventus terkandas kepada Ajax di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Juve dianggap antara pasukan pilihan untuk mengungguli pertandingan itu selepas menyambar khidmat Cristiano Ronaldo pada permulaan musim ini sambil ramai melabel kehadiran Ronaldo melengkapkan skuad Juve selepas jaguh itu Serie A mara ke perlawanan akhir pada 2017 sebelum tumpas kepada Real Madrid.
Jawatan Allegri dalam kesamaran selepas dia mengadakan perbincangan dengan presiden kelab, Andrea Agnelli, semalam, dan pertemuan itu mungkin akan menentukan sama ada pengurus itu akan kekal atau tidak sebelum kontraknya berakhir.
Sekiranya kerjasama di antara kedua-dua pihak terlerai, Marchisio -- yang berpindah ke Zenit tahun lalu setelah mengharungi 13 tahun karier sebagai pemain Juve -- mengimpikan pengurus Liverpool, Klopp, untuk memegang jawatan di Turin.
Ketika ditanya siapakah pengurus pilihannya, Marchisio memberitahu Tuttosport: "Saya percaya ia adalah mustahil: Jurgen Klopp.
"Saya suka permainan yang diterapkannya dan caranya mengendalikan perlawanan. Dia akan mengharungi karier yang baik dalam bola sepak Itali.
"Begitupun, jika Allegri kekal, saya tidak melihat sebarang kesalahan pun kerana dia juga seorang pengurus yang sentiasa meraih kemenangan."