SOUTHAMPTON 1 LIVERPOOL 3
Jaringan Mohamed Salah ketika berdepan Southampton yang mengekalkan Liverpool dalam saingan merebut takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah bertaraf dunia, kata pengurus pasukan, Jurgen Klopp.
Salah gagal meledak sebarang jaringan dalam lapan perlawanan semua kejohanan menjelang kunjungan ke Stadium St Mary itu tetapi dia telah memainkan peranan ketika membantu The Reds bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-1.
Jaringan Naby Keita terdahulu menafikan gol pembukaan Shane Long dan ketika perlawanan berbaki 10 minit, dengan keputusan seri bakal memberikan kelebihan kepada Manchester City dalam perebuan takhta liga.
Bagaimanapun, Liverpool berjaya mencari jalan untuk menggandakan jaringan, dengan gerakan yang dilakukan oleh Roberto Firmino bersama kapten pasukan, Jordan Henderson, memastikan tiga mata diraih, sekali gus kekal memberikan tekanan kepada City.
Salah yang melengkapkan kemenangan Liverpool -- pemain The Reds pertama mencetak 50 gol dalam aksi EPL -- dan Klopp memberikan pujian kepada penyerang itu selepas kembali mencetak jaringan.
"Ia sangat menakjubkan, saya memberitahu kepada pemain-pemain bahawa kami memiliki mentaliti yang sangat positif," kata Klopp.
"Kami bermain sebagai satu unit, memberikan tekanan, berada di setiap ruang padang tetapi lawan kerap melancarkan serangan balas, kami terpaksa melakukan perubahan. Mereka meledak jaringan yang cantik.
"Kami telah berusaha dengan sebaik mungkin. Selepas seri 1-1 dalam separuh masa, kami berusaha mencari gol kemenangan dan ia telah berhasil menerusi dua serangan balas yang kami lakukan.
"Salah mampu melakukan hantaran tetapi dia telah menyempurnakan jaringan bertaraf dunia. Saya sangat gembira di atas persembahannya. Kami menyedari bukan mudah untuk meraih kemenangan di sini tetapi kami berjaya melakukannya."