Alisson akan membuat kemunculan sulung bersama Liverpool dalam perlawanan persahabatan menentang Napoli, Sabtu ini, susulan penghijrahannya dari AS Roma yang memecahkan rekod yuran perpindahan dunia bagi seorang penjaga gol.
Pemain antarabangsa Brazil itu sudah sekian lama dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sebelum perjanjian itu disahkan pada 19 Julai lalu sambil Simon Mignolet atau Loris Karius tidak berupaya menyerlahkan keyakinan musim lalu -- kali terakhir adalah ketika Karius menjadi penyebab kekalahan 1-3 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Kiev, 26 Mei lalu.
Liverpool mengakhiri spekulasi dengan akhirnya menandatangani Alisson selepas Piala Dunia 2018 apabila bersetuju dengan tawaran Roma yang menyaksikan kelab Serie A itu meraih €72.5 juta (RM343.9j).
Dan dengan pemain berusia 25 tahun itu kembali menjalani latihan pada akhir minggu lalu, Klopp berkata pemain itu sudah bersedia untuk menyarung jersi Liverpool buat julung kalinya dalam pertembungan di Dublin, hujung minggu ini.
"Kemungkinannya sangat besar (dia akan bermain menentang Napoli)," kata Klopp kepada laman sesawang Liverpool. "Kami tidak boleh membuang masa.
"Dia sudah mengikuti latihan kami hampir seminggu atau enam hari dan ya, dia akan beraksi.
"Saya sangat gembira (bekerja dengan Alisson), tetapi yang pertama sekali adalah sangat penting dia dapat bermula sekarang kerana musim ini sudah pun bermula selama satu setengah minggu. Setiap pemain di dunia memerlukan latihan dan masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakannya.
"Kami mempunyai dua perlawanan untuk melakukan persediaan itu sebelum memulakan kempen sebenar, jadi ini perkembangan yang cukup baik. Kehadirannya jelas dirasai, dia bijak, dia sangat bagus dan adalah bagus untuk memilikinya.
"Kehadirannya memberi petanda positif biarpun setakat berlatih sahaja -- tidaklah terlalu penting pada mulanya -- dia mempamerkan aksi luar biasa, jadi semuanya bagus."