LIVERPOOL 4 BARCELONA 0
Persembahan Trent Alexander-Arnold diberikan pujian oleh Jurgen Klopp selepas Liverpool meraih kemenangan 4-0 ke atas Barcelona dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Ketinggalan 3-0 daripada aksi pertama dan turun tanpa kelibat bintang, Mohamed Salah dan Roberto Firmino, Liverpool bangkit di Anfield menerusi jaringan pembukaan Divock Origi pada minit ketujuh.
Dua jaringan daripada pemain gantian, Georginio Wijnaldum, mengikat kedudukan sebelum Alexander-Arnold berjaya mengumpan jaringan kemenangan yang disumbang Origi.
"Kami menyedari tuah diperlukan dalam situasi ini dan saat-saat genius yang dipamerkan oleh Trent Alexander-Arnold," kata Klopp.
"Segalanya begitu pantas dan akhirnya kami mendahului Barca secara agregat."
Kemenangan Manchester City ke atas Leicester City kelmarin bermakna Liverpool berdepan penamat di laman sendiri dalam musim yang luar biasa.
Bagaimanapun, walaupun berdepan tugas sukar, Klopp berasakan kekuatan mental yang dimiliki barisan pemainnya berjaya mengatasi Lionel Messi dan The Catalans.
"Saya telah memberitahu kepada pemain-pemain sebelum perlawanan. 'Saya tidak rasa kami ada peluang tetapi kerana anda semua, kami mampu melakukannya. Kami memiliki mentaliti seorang genius'.
"Kemenangan ini sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk dipercayai. Apa yang dilakukan adalah sangat istimewa," ujarnya.