Skip to main content

Bola Sepak

Klopp puji penampilan sulung Alisson

alisson.jpg
Jurgen Klopp kagum dengan tumpuan dan kemantapan umum yang diperagakan Alisson dalam kemunculan sulungnya bersama Liverpool dalam kemenangan 5-0 ke atas Napoli, awal pagi tadi. 

Liverpool mendapatkan Alisson sebagai penjaga gol termahal dunia bulan lalu apabila mereka mencapai persetujuan dengan Roma menerusi perjanjian mencecah €72.5 juta (RM342.8j).

Ketibaan seorang penjaga gol baru sudah lama ditagih memandangkan The Reds menghadapi masalah dengan Simon Mignolet dan Loris Karius dalam beberapa tahun terakhir.

Alisson menjadi sasaran utama sejak beberapa bulan lalu dan menyarung jersi Liverpool buat kali pertama dalam perlawanan pra-musim awal pagi tadi. 

Tonggak Brazil itu memberi impak besar ketika skuad kendalian Klopp itu menumbangkan Napoli di Dublin.

"Dia seorang pemain yang bagus -- mungkin sebaik kawalannya di depan gawang," kata Klopp kepada pemberita selepas perlawanan itu. 

"Prestasi baik ditonjolkannya untuk aksi pertama, terutama memandangkan semua orang boleh membayangkan apa yang akan berlaku kepada diri manusia dalam keadaan seperti itu, beraksi dalam perlawanan sulung atas semua perkara yang digembar-gemburkan.

"Menentang Napoli, mereka adalah pasukan paling mantap yang kami hadapi setakat ini, 100 peratus. Mereka membawa hampir keseluruhan skuad utama di sini dan ia kelihatan berbeza.

"Dia peka dengan segala situasi apabila peranannya diperlukan sebagai benteng terakhir ketika pertahanan naik tinggi. 

"Kami melibatkannya dalam mencongak permainan dari belakang tetapi kami perlu membiasakan diri dengan lebih lagi -- itu jelas, dan dia perlu membiasakannya lebih lagi tetapi terdapat banyak situasi memulakan gerakan dari belakang dipamerkannya, itu membantu.

"Tetapi pada akhirnya, dia berada di sana untuk menangkap bola dan dia melakukannya pada detik-detik getir, oleh itu saya sangat gembira."

Advertisement

Must Watch Video