Skip to main content

Bola Sepak

Klopp puji Liverpool peroleh 'tiga mata kotor' di Molineux

jurgen.jpg
Jurgen Klopp meraikan 'tiga mata kotor' selepas Liverpool berusaha untuk menang 1-0 ke atas Wolves di Molineux.

The Reds meraih dua kemenangan berturut-turut buat pertama kali sejak Januari berikutan berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu dengan dan kali ini berjaya mengatasi skuad kendalian Nuno Espirito Santo -- Diogo Jota meledak gol tunggal berdepan bekas kelabnya.



Walaupun tidak berada di tahap terbaik, Klopp gembira dengan cara mereka melakar kemenangan.

“Ia merupakan perlawanan yang besar. Tiga mata yang kotor, tidak kisah dengan perkara itu, itulah cara anda perlu lakukan untuk kembali ke landasan,” katanya kepada Sky Sports.

“Terdapat saat yang baik, di mana kami harus menyerang dengan lebih baik, tetapi pasukan telah berjaya bertahan dengan cemerlang sepanjang perlawanan.

"Itu sasaran utama kami hari ini, bertahan dan melakukan serangan balas."

Mungkin tidak menghairankan, Jota meraih gol penentu perlawanan dalam kepulangan pertamanya ke Molineux sejak berhijrah ke Anfield musim panas lalu.

Klopp gembira dengan jaringan kesembilan penyerang kelahiran Portugal itu hanya sekadar membuat 20 penampilan ekoran masalah kecederaan.

"Diogo seorang pemain berkualiti dan kami tidak mengambil mudah dengan pemain yang baru sahaja kembali beraksi selepas berehat panjang untuk menghasilkan impak kepada pasukan.

"Sejujurnya, ia jarang berlaku. Ia amat membantu dan menjadikan lebih istimewa Diogo meledak gol kemenangan pasukan."
 
 

Advertisement

Must Watch Video