Skip to main content

Bola Sepak

Klopp optimis peluang Liverpool musim depan

klopp-cropped_19j9n3yu5wy1j1kvmcin4xflo3.jpg
Jurgen Klopp percaya Liverpool tidak jauh di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dan yakin pasukannya mampu mencabar kejuaraan musim depan meskipun ketinggalan 14 mata di belakang kelab pendahulu itu musim ini.

Chelsea dijangka akan dinobat juara musim ini manakala Liverpool masih bergelut untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat terbaik.

The Reds menewaskan Chelsea di Stamford Bridge, September lalu, sebelum terikat seri di Merseyside, Februari tahun ini dengan Arsenal, Manchester City dan Tottenham turut tewas di tangan Liverpool musin ini.

Klopp berasakan Liverpool tidak jauh untuk mencapai kejuaraan musim depan.

"Lihat perlawanan ketika kami berdepan Chelsea," kata Klopp menjelang aksi berdepan West Ham, Ahad ini.

"Mereka memiliki pemain berpengalaman. Mereka beraksi dengan serius.

"Kita semua sedar bahaawa jurang mata di antara Chelsea dan pasukan lain tidaklah jauh, namun memadai untuk menamatkan musim ini sebagai juara.

"Chelsea layak muncul juara tetapi seperti saya katakan, mereka bernasib baik kerana tidak dihimpit kecederaan panjang. Diego Costa? Hazard? Jika mereka terlepas satu perlawanan, Pedro dan Willian mampu mengisi kekosongan itu.

"Kamu perlukan nasib yang baik seperti ini. Saya tidak mengatakan bahawa Liverpool mampu mengulangi kejayaan mereka tetapi sudah pasti jurang mata akan menjadi lebih kecil.

"Bukan hanya mengenai Chelsea. Kamu lihat bagaimana aksi kami ketika berdepan Tottenham. Tetapi boleh dikatakan, semua pasukan akan melalui musim berbeza selepas ini."


 

Advertisement

Must Watch Video