Sejak kemenangan sensasi ke atas saingan sengit mereka pada 5 Mac, Liverpool telah mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan dan ketinggalan 12 mata di belakang Red Devils di tempat keempat.
Liverpool akan berusaha untuk menangkis ancaman kekalahan dua kali berturut-turut kepada Leeds United dalam satu musim yang sama, sesuatu yang berlaku pada kempen 2000-01.
Liverpool secara purata memperoleh 0.87 mata bagi setiap perlawanan berakdi di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, memperoleh 13 mata daripada 15 perlawanan di tempat lawan. Ia merupakan purata mata terendah sejak musim EPL 1992-93 apabila mereka meraih 0.76 secara purata, meraih 16 mata daripada 21 perlawanan di tempat lawan.
Namun semuanya makin menjadi realiti sejurus Liverpool memberikan kekalahan memalukan kepada pasukan kendalian Erik ten Hag di Anfield, menyebabkan kekalahan kompetitif yang paling besar buat pasukan pelawat.
"Selepas 7-0, saya tidak pasti jika anda dapat belajar bagaimana untuk menanganinya," kata Klopp.
"Ia adalah lebih jangkaan daripada diri anda sendiri. Menang 2-0 lima kali berturut-turut adalah jauh lebih baik."
Liverpool turut memperoleh kemenangan 9-0 ke atas Bournemouth musim ini, namun mereka sekadar di pertengahan liga, di belakang Aston Villa dan Brighton and Hove Albion, dan sekadar satu mata lebih baik berbanding Brentford.
"Ia adalah musim yang sangat ganjil. Kami bersetuju ia bukan musim terbaik kami, namun dua keputusan terbesar perlawanan dalam sejarha kami," kata Klopp.
"Jadi ia menunjukkan jika mereka mampu melakukannya, mengapa tidak untuk setiap minggu? Ia adalah soalan yang bagus dan kami perlu berusaha mendapatkan jawapannya.
"Reaksi pasukan [memenangi 7-0] boleh menjadi lebih baik, tetapi ia bukan disengajakan. Kami tidak berasakan kami adalah yang terbaik dengan hanya menewaskan United dengan keputusan itu. Apa-apa sahaja boleh berlaku, kerana kami tidak konsisten musim ini, itulah masalahnya."
A four-midable display at Elland Road in 2002 ⚽⚽⚽⚽@SCJohnson | #LEELIV pic.twitter.com/EyPX3xC3WK
— Liverpool FC (@LFC) April 13, 2023