Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mendedahkan beliau akan menggunakan Virgil van Dijk berdepan Chelsea sekalipun jika pertahanan itu terpaksa beraksi dalam kesakitan.
Van Dijk terlepas kekalahan aksi Piala EFL di tangan Chelsea kerana kecederaan tulang rusuk dan dijangka terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan lawan sama, malam ini.
Klopp masih lagi belum membuat keputusan sama ada bakal menurunkan pertahanan kebangsaan Belanda itu, dengan Liverpool bakal berkunjung ke Stamford Bridge dengan sasaran untuk meneruskan rekod cemerlang sejak permulaan musim ini.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Jerman itu kelihatan yakin dengan peluang menurunkan Van Dijk beraksi.
"Saya akan membuat keputusan sama ada dia beraksi ataupun tidak," kata Klopp.
"Van Dijk akan cuba sedaya-upaya untuk berada di tahap terbaik dan jika kecederaannya tidak terlalu serius, kami akan menurunkannya."
Liverpool mendahului saingan EPL dengan kelebihan dua mata menjelang kunjungan ke Stamford Bridge itu.