Jurgen Klopp telah memberikan penjelasan mengapa penyerang bintang Mohamed Salah tidak dapat memberikan lebih banyak impak dalam perlawanan setakat musim ini.
Pemain Mesir itu, yang menandatangani kontrak jangka panjang baharu dengan Liverpool pada musim panas, telah meledak lima gol dalam semua pertandingan setakat musim ini.
Bagaimanapun, hanya dua yang terhasil dalam tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (English Premier League) dan dengan pemain baru Manchester City baharu, Erling Haaland, sudahpun memberikan pulangan kepada kelab dengan 14 gol.
Klopp, yang mengubah formasinya untuk kemenangan 2-0 menentang Rangers dalam Liga Juara-Juara, percaya rakan sepasukan Salah boleh membantu bintang mereka itu supaya berada di kawasan tepat untuk mendapatkan jaringan.
Pengendali kelahiran Jerman itu mengetepikan formasi 4-3-3 yang kerap digunakan ketika menentang Rangers dan sebaliknya menggunakan susunan 4-2-3-1, dengan Salah di sebelah kanan trio penyerang melibatkan Diogo Jota dan Luis Diaz dan Darwin Nunez digunakan sebagai titik fokus.
Di sebalik kemenangan selesa Liverpool 2-0, masih belum dapat dipastikan sama ada Klopp akan mengekalkan kepercayaan dengan konfigurasi serangan baharunya apabila The Reds bertandang ke London Utara Ahad ini menentang pendahulu liga, Arsenal.
"Kami sedang berusaha mendapatkan strategi baru, permainan kami perlu berkembang dan setiap pemain memiliki peranan penting dalam memastikan apa yang diusahakan pasukan berhasil," kata Klopp.