Jurgen Klopp percaya Liverpool mengalami masalah imej di England walaupun semakin hampir untuk melayakkan diri beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Liverpool menduduki tangga keempat dan berada di kedudukan untuk beraksi dalam UCL musim hadapan, empat mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester Untied, tetapi masih terdapat pihak yang meragui mereka.
Terdapat persepsi yang menyatakan bahawa Liverpool bergelut ketika berdepan pasukan yang bertahan apabila menyaksikan mereka kehilangan mata ketika bertemu Crystal Palace, Bournemouth, Hull City, Swansea City dan Sunderland tetapi berjaya menewaskan Chelsea, Manchester City, Arsenal dan Tottenham musim ini.
Tetapi Klopp menegaskan skuad kendaliannya harus melakukan perkara yang betul ketika berdepan Southampton.
"Berdepan pasukan-pasukan yang di kedudukan bawah lagi, kami hanya meraih tiga kemenangan dan tewas satu. Tetapi kami memiliki imej bahawa kami tewas dalam setiap perlawanan," kata Klopp.
"Jika ia benar, bagaimana yang meraih 69 mata? Anda tidak boleh bersaing untuk meraih tempat untuk ke UCL tanpa kehilangan mata sebagai salah satu proses yang harus dilalui oleh mana-mana pasukan.
"Kami beraksi dengan baik berdepan Chelsea, City, Spurs dan Everton. Kami perlu melakukan perkara yang betul."
Selepas menerima kunjungan Southampton di Anfield, Liverpool bakal menamatkan saingan musim ini berdepan West Ham dan Middlesbrough.