Jurgen Klopp mencabar Liverpool untuk terus menghambat Manchester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pasukan juara bertahan bimbingan Pep Guardiola itu kini hanya berkelebihan enam mata di kedudukan teratas selepas tewas 2-3 kepada Tottenham minggu lalu.
Liverpool pula berada di tangga kedua dan berpeluang untuk memperkecilkan jurang itu kepada tiga mata seandainya dapat menewaskan Leeds United di Anfield awal pagi esok.
Selepas City menewaskan Sporting CP dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu lalu, Guardiola bergurau dengan berkata The Reds merupakan pasukan yang "menjengkelkan" dan kini, Klopp mahu pasukannya terus menyusahkan City dalam perebutan kejuaraan musim ini.
"Yang pertama, adalah penting untuk kami merapatkan jurang dengan sesiapa sahaja di tangga teratas kerana ia menunjukkan bahawa ada perkara yang sedang menuju ke haluan yang betul," kata Klopp ketika ditanya mengenai perebutan kejuaraan itu
"Dalam empat musim terakhir, kami tidak dapat memberikan saingan sekitar setahun kerana masalah dan pergelutan yang kami alami -- tetapi sebelum itu perebutannya agak gila.
"Kedua-dua pasukan mampu untuk melakukan perkara istimewa, saya perlu katakannya dengan penuh rasa hormat kerana apa yang City lakukan amat luar biasa.
"Saya fikir kami telah mendorong sesama sendiri dan itulah caranya, dan ia akan terus berlaku. Tiada masa untuk berlembut kerana satu lagi pasukan akan segera menghambat anda.
"Saya fikir apa yang Pep katakan -- bahawa kami menjengkelkan -- ia sesuatu huraian yang baik dan ia bagaimana yang sepatutnya berlaku.
"Kami cuba menjadi menjengkelkan sebaik mungkin sehingga kami berpeluang untuk memintas tetapi saya tidak tahu bila atau bolehkah ia berlaku.
"Tetapi, apa yang selalu saya katakan adalah kami mempunyai momen penentu itu musim ini, bukan pada ketika Februari ini, mungkin pada Mac atau April ini," katanya.

A ???????? strike from Mo against tomorrow's opponents ? #LIVLEE pic.twitter.com/HGNv60Aqkn
— Liverpool FC (@LFC) February 22, 2022