Jurgen Klopp menyifatkan pasukan Liverpool kendaliannya merupakan yang terbaik pernah dibimbingnya untuk ke final menjelang perhitungan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di antara pasukannya dengan Tottenham Hotspur, hujung minggu ini.
Ketika membimbing Borussia Dortmund pada 2013, Klopp tewas kepada Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara Eropah.
Dia sekali lagi gagal meraih kejuaraan itu apabila Liverpool ditewaskan Real Madrid di Kiev, musim lalu.
The Reds melalui musim gemilang dengan menamatkan Liga Perdana Inggeris di tempat kedua dengan 97 mata dan memaparkan kebangkitan luar biasa ketika menyingkirkan Barcelona dalam separuh akhir kedua untuk menempah tiket ke Wanda Metropolitano.
Klopp kagum dengan pencapaian pasukannya musim ini dan yakin mereka berada di landasan yang paling tepat untuk meraih kejuaraan Eropah pertama sejak 2005.
"Saya sayangi mereka semua, mereka telah memberikan segala-galanya," katanya dalam sidang media.
"Saya tidak pernah menyertai aksi final dengan pasukan sebaik ini, itulah kebenarannya.
"Saya tidak terkejut kerana pemain ini mempunyai kombinasi potensi dan perwatakan dengan cara terbaik yang saya pernah saksikan.
"Ia amat hebat, luar biasa dan itulah yang meletakkan kami di mana kami berada sekarang.
"Ia musim yang hebat, untuk berada di sini sekali lagi amat hebat.
"Kami mahukannya dengan amat-amat terdesak, namun ia kelihatan akan terlepas daripada tangan kami sejak peringkat kumpulan.
"Saya amat-amat gembira kerana kami dapat melakukannya sekali lagi," katanya.
Klopp memperuntukkan pujian khasnya buat James Milner dan Jordan Henderson, yang dia yakin telah menunjukkan keinginan yang tinggi untuk meningkat dan membantu pasukan.
"Perwatakan terbaik dalam pasukan ini adalah kesediaan untuk berkembang.
"Ambil James Milner sebagai contoh, dia berusia 33 tahun, namun masih berkembang.
"Dia mengambil langkah yang amat besar, bertenang di sini dan menggunakan kemahiran luar biasanya pada waktu yang lebih baik.
"Dia merupakan contoh, sama seperti Henderson.
"Mereka sentiasa mahu meningkat lebih baik kerana ia sememangnya ada dalam diri mereka dan ia banyak membantu," tambahnya.