Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan pasukannya "mesti bermain dalam Liga Juara-Juara" selepas menewaskan Middlesbrough 3-0 di Anfield, malam tadi.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga keempat untuk mengesahkan tiket dalam saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan.
Menentang Middlesbrough yang sah diturunkan ke Liga Kejuaraan bagi musim 2017/18, Liverpool tampak goyah pada awal perlawanan sebelum berjaya mendahului 1-0 di penghujung babak pertama menerusi Georginio Wijnaldum.
Gol daripada sepakan percuma Philippe Coutinho dan sepakan jarak dekat Adam Lallana mengesahkan kemenangan Liverpool, yang bersaing dengan Manchester City dan Arsenal untuk merebut kedudukan empat teratas.
"Saya amat gembira. Saya menuntut aksi terbaik daripada semua pemain pada separuh masa pertama dan mereka berjaya melakukan tugas mereka dengan baik," kata Klopp.
"Kami adalah Liverpool dan kelab seperti ini mesti bermain dalam Liga Juara-Juara. Semua pasukan mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkan tempat secara konsisten," tambahnya.