Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menggesa pasukannya untuk memberikan yang terbaik dalam usaha menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di dalam kelompok empat terbaik.
Skuad kendalian Klopp kini berada di dalam kedudukan yang baik untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL), dengan menduduki tangga ketiga menjelang aksi berdepan Southampton, esok.
Pengurus kelahiran Jerman itu berasakan mengakhiri saingan EPL dalam kelompok empat terbaik adalah satu kejayaan, dengan menyifatkan persaingan antara kelab Inggeris adalah sesuatu yang berbeza berbanding di negara lain.
"Kami memiliki banyak sasaran yang mahu dicapai musim hadapan. Kami akan cuba mempertingkatkan mutu pasukan kerana saingan dalam EPL amat sukar," kata Klopp.
"Terdapat beberapa pasukan yang lebih baik di Sepanyol atau Jerman, tetapi tidak semua pasukan berjuang seperti di England. Mereka cuba untuk berjuang mendapatkan segala-galanya.
"Kami berada di kedudukan di mana segala-galanya mampu dihasilkan."
Liverpool memiliki rekod cemerlang beraksi Anfield musim ini, dengan merekodkan 11 kemenangan dan hanya tewas dua kali dalam 17 perlawanan.