Skip to main content

Bola Sepak

Klopp: Keyakinan lonjak aksi Mane

sadio-mane.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya keyakinan telah memberikan Sadio Mane permulaan cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bintang Senegal, Mane, menjaringkan gol menerusi serangan balas ketika Liverpool meraih kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace, Isnin lalu, dan menambah bilangan jaringan kepada tiga gol selepas dua perlawanan.

Pemain berusia 26 tahun itu meletakkan sasaran untuk memperbaiki rekod jaringan 13 gol musim lalu -- bergandingan bersama Mohamed Salah dan Roberto Firmino semestinya memberikan lonjakan kepada bekas pemain Southampton itu untuk terus mencipta jaringan.

"Mane mempamerkan permulaan yang mantap," kata Klopp.

"Kadang-kala, pemain itu sendiri yang terkejut dengan persembahan mereka. Kami harus sentiasa mempamerkan yang terbaik untuk membiasakan diri dengan situasi ini.

"Mane adalah seorang pemain yang konsisten buat Liverpool.

"Kami menggunakan formasi 4-5-1 dengan Mane bertindak sebagai pemain tengah bersama-sama dengan Firmino dan Salah bermain sebagai penyerang.

"Persembahan mereka ketika bertahan juga amat penting. Ia merupakan kualiti permainan yang mahu dipamerkan dalam setiap perlawanan," tambahnya.

Liverpool akan berusaha mencipta kemenangan ketiga apabila menerima kunjungan Brighton and Hove Albion, esok.
 

Advertisement

Must Watch Video