Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Klopp harus dipuji -- Pochettino

klopp-pochettino.jpg
Mauricio Pochettino menegaskan Jurgen Klopp harus diberi pujian selepas berjaya melangkah ke final Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali, bukannya dikritik selepas tewas dua kali sebelum ini.

Skuad Tottenham kendalian Pochettino akan berdepan Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid  awal pagi esok -- pertembungan dua kelab Inggeris dalam aksi final buat kali pertama sejak Manchester United mengatasi Chelsea menerusi penentuan penalti pada 2008.

Skuad kendalian Klopp itu mara ke final musim lalu, namun tewas 3-1 kepada Real Madrid, dengan pengendali kelahiran Jerman itu turut tewas ketika membawa Borussia Dortmund ke final bagi musim 2012-13.

Klopp turut tewas dalam aksi final Liga Europa (UEL) kepada Sevilla dalam musim pertamanya mengendalikan The Reds tetapi Pochettino berasakan usaha pengurus berusia 52 tahun itu harus dipuji kerana melangkah ke tahap ini.

"Klopp adalah pengendali yang berjaya, seorang yang hebat, sentiasa gembira, optimis dan semula jadi," kata Pochettino.

"Saya berasakan dia hanya dinilai apabila tewas. Bagi saya, ini merupakan kali ketiga Klopp ke final. Ia merupakan satu tugas yang sukar selepas perlu mengharungi banyak perlawanan. 

"Saya mengagumi usahanya ke tahap ini sebanyak tiga kali. Kami semua mahu menang dan perjalanan ke tahap ini merupakan satu usaha yang keras telah dipamerkan pasukan," ujarnya.

Pochettino berasakan peluang Spurs muncul juara buat kali pertama dalam sejarah mereka bergantung kepada keupayaan pemain-pemain untuk menyerap tekanan lawan.

"Anda tidak boleh mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan aksi final UCL.

"Tekanan aksi final ini sangat besar kerana saya berasakan seluruh dunia menantikannya. Jika kami berjaya menyerap tekanan pasukan lawan dan tekanan menghadapi aksi final, ia adalah kunci buat Spurs."

Advertisement

Must Watch Video