Jurgen Klopp percaya kesilapan gopoh Liverpool telah meletakkan mereka di posisi hampir mustahil untuk mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selaku empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kemenangan 1-0 ke atas Wolves kelmarin meletakkan mereka kini dibezakan lima mata dengan pasukan di tangga keempat, Chelsea, berbaki sembilan perlawanan musim ini.
Hasrat pasukan juara bertahan itu untuk mempertahankan gelaran EPL dikecewakan dengan rentetan kecederaan pemain di bahagian pertahanan.
Pertahanan tengah, Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip, kesemuanya berada dalam senarai kecederaan jangka panjang manakala Jordan Henderson, yang selama ini mengambil alih posisi itu, turut terpaksa direhatkan kerana kecederaan kelangkang.
Kekurangan pemain di bahagian pertahanan mengakibatkan Liverpool menjadi pasukan terbanyak melakukan kesilapan yang mengundang gol lawan (9) berbanding mana-mana pasukan lain dalam saingan liga.
Dan dengan Chelsea ketika ini tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan liga sejak Thomas Tuchel mengambil alih peranan Frank Lampard, Klopp tidak nampak jalan untuk Liverpool layak ke UCL musim depan.
Bercakap kepada Lothar Matthaus dalam satu temu bual SportBild, Klopp berkata: "Pihak lawan biasanya tidak memerlukan banyak peluang kerana kami melakukan kesilapan besar, yang gila dan boleh dikatakan sebagai gopoh.
"Selain itu, kami mencipta banyak peluang. Dalam jumlah percubaan yang dijangka akan gol, kami berada di belakang Manchester City dalam EPL tetapi jauh ketinggalan jika dibandingkan daripada segi percubaan yang menghasilkan gol.
"Masalah ini sudah berlarutan sepanjang musim ini.
"Saya mahu menjadi optimis tetapi dalam liga, hampir mustahil untuk kami layak (ke UCL) berdasarkan kedudukan kami ketika ini.
"Di Tottenham, Gareth Bale sudah bermain semula dan mereka juga pesaing untuk merebut tempat. Ditambah dengan City dan Manchester United yang jauh ke depan. Chelsea kini juga sedang meningkat.
"Untuk layak ke UCL menerusi liga akan menjadi amat sukar, kami menyedarinya," katanya.
Klopp juga tidak yakin Liverpool dapat kekal dalam kejohanan itu dengan menjulang trofi berkenaan musim ini.
Liverpool layak ke suku akhir selepas menyingkirkan RB Leipzig dan mereka pernah menjadi juara Eropah di bawah kendalian Klopp dua musim lalu.
Tetapi ketika ditanya mengenai peluang mereka untuk memenangi gelaran Eropah musim ini, Klopp membalas: "Anda kebiasaannya tidak akan memenangi UCL pada tahun anda mengalami banyak masalah kecederaan seperti kami ketika ini."

? Phillips ➡️ Mane ➡️ Salah ➡️ Mane ➡️ Jota ⚽️? pic.twitter.com/rT1XtGtoyf
— Liverpool FC (@LFC) March 16, 2021