Skip to main content

Bola Sepak

Klopp: Firmino mungkin terlepas aksi berdepan Barcelona

robertofirmino_1.jpg
Jurgen Klopp menegaskan bintang Liverpool, Roberto Firmino, tidak akan sempat cergas untuk berdepan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal Khamis ini

Firmino terlepas kemenangan 5-0 ke atas Huddersfield Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi ekoran kecederaan otot.

Liverpool berkunjung ke Nou Camp berdepan Barca, namun pengendali Jerman itu tidak yakin dapat menurunkan Firmino.

"Firmino telah berlatih bersama pasukan Khamis lalu. Tiada latihan berat tetapi dia masih belum memberikan petanda positif.

"Pemain itu bagaimanapun mengalami kecederaan ketika sesi latihan tersebut.

"Firmino mengalami kecederaan pada bahagian otot dan saya berharap dia segera pulih.

"Dia mungkin cergas sebelum Rabu tetapi mungkin tidak akan dapat membuat penampilan," katanya.

Liverpool kembali ke puncak carta EPL hasil dua jaringan Sadio Mane dan Mohamed Salah selepas jaringan pembukaan daripada Naby Keita.

Tetapi mereka turut mengalami satu lagi kebimbangan selepas pertahanan, Virgil van Dijk, mengalami kesakitan kaki.

Bagaimanapun, Klopp menolak sebarang kebimbangan dengan berkata, "Tidak, tiada apa-apa. Saya bertanya kepada Van Dijk dan dia turut berkata tidak berasa sebarang kesakitan."

Advertisement

Must Watch Video