Jose Mourinho percaya kebangkitan Liverpool ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) merupakan hasil perancangan pengurus pasukan, Jurgen Klopp.
Finalis musim lalu, Liverpool, menyempurnakan kebangkitan mengagumkan di Anfield awal pagi tadi selepas The Reds bangkit daripada ketinggalan 3-0 di Nou Camp untuk memenangi aksi timbal balik 4-3 secara agregat.
Dua jaringan daripada Divock Origi dan Georginio Wijnaldum mengejutkan Lionel Messi dan Barca untuk Liverpool ke final di Madrid bulan depan.
Bekas pengendali Manchester United, Mourinho, memuji impak Klopp, dengan berkata kepada beIN SPORTS, "Saya perlu katakan 'remontada' kebangkitan) ini punya satu nama, Jurgen.
"Saya tidak berasakan ini berkaitan taktikal atau falsafah tetapi jiwa dan raga serta empati yang dihasilkannya dalam kalangan pemain.
"Mereka memiliki risiko menamatkan musim tanpa sebarang gelaran dan mereka hanya selangkah sebelum bergelar juara Eropah. Saya berasakan Klopp berhak memenanginya.
"Kemenangan ini cerminan diri Klopp, yang tidak pernah putus asa, tidak mengalah, semangat berjuang, setiap pemain memberikan segala-galanya.
Mourinho menambah: "Dia tidak mengeluh kerana pemain-pemainnya bermain 50 atau 60 perlawanan semusim. Jurulatih dalam liga akan berkata pemain-pemain mereka bermain terlalu banyak perlawanan. Semua perkara yang berlaku hari ini merupakan hasil mentaliti yang dimiliki Klopp.
"Saya ulangi, Klopp orang yang bertanggungjawab di atas pencapaian ini."
Pemenang pertembungan Ajax-Tottenham bakal berdepan Liverpool di Wanda Metropolitano, 1 Jun ini.