Skip to main content

Bola Sepak

Klopp bercuti setahun jika tinggalkan Liverpool

jurgen-klopp-cropped_rgv6m7b95pqe1a8uwec857i5s.jpg
Jurgen Klopp mendedahkan dia bercadang untuk bercuti daripada bidang kejurulatihan apabila meninggalkan Liverpool satu hari nanti.

Pengendali berusia 52 tahun itu tiba di Anfield pada 2015 menggantikan Brendan Rodgers selepas menikmati kejayaan sewaktu menguruskan Borussia Dortmund.

Dia mengubah nasib The Reds menjadi salah sebuah kelab terhebat Eropah, mengemudi pasukannya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah serta menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Kontrak pengurus dari Jerman itu bakal tamat pada 2022 dan dia berkata akan mengambil rehat sekurang-kurangnya setahun sebelum kembali ke bidang pengurusan.

"Saya memiliki tenaga yang hebat," katanya kepada Kicker.

"Namun, saya mempunyai satu masalah, iaitu tidak boleh melakukannya secara 'ala kadar'. Saya hanya boleh lakukan sepenuh hati. Apabila membuat keputusan, saya tidak lagi boleh menguruskan pasukan, saya akan mengambil masa untuk berehat selama setahun.

"Selepas setahun, keputusan harus dibuat. Namun, peluang cerah untuk tenaga saya berada pada tahap terbaik sekali lagi, seterusnya bekerja dengan cara yang diinginkan."

Klopp kini menikmati permulaan cemerlang bagi musim 2019-20, mengemudi pasukannya meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan liga serta mengatasi Chelsea dalam aksi final Piala Super UEFA.

Advertisement

Must Watch Video