Jurgen Klinsmann meletakkan jawatannya sebagai pengurus Hertha Berlin kerana tidak bersetuju dengan banyak perkara mengenai kelab itu, khususnya berhubung tanggungjawabnya.
Klinsmann dilantik pada November lalu berikutan pemecatan Ante Covic sambil mendapat sokongan dalam pasaran pemain dengan memancing Lucas Tousart, Krzysztof Piatek, Matheus Cunha dan Santiago Ascacibar dengan jumlah €80 juta (RM360j) pada bulan lalu.
Begitupun, selepas tersungkur 1-3 kepada Mainz hujung lalu, yang meninggalkan mereka di kedudukan ke-14 Bundesliga, pengurus berusia 55 tahun tersebut meninggalkan peranannya itu sambil mendedahkan kekurangan kepercayaannya terhadap pihak atasan kelab berkenaan.
Dia mendedahkan keputusan drastiknya itu menerusi rakaman yang disiarkan di media sosial apabila menjelaskan kekecewaannya kerana tidak mempunyai kawalan yang lebih besar.
"Keadaan sangat sukar bagi saya, ia mungkin kerana saya mempunyai pengalaman lain di negara lain. Saya pernah menempuhi kehidupan di Itali, Perancis dan England," kata bekas penyerang Tottenham, Monaco dan Inter itu.
"Di Jerman, kebiasaannya kami mempunyai seorang pengurus di bangku simpanan dan akan berada di tepi padang. Pengurus akan berada di situ untuk barisan pemain dan membuka pintu buat mereka. Tetapi sekarang ini tidak lagi.
"Saya tahu tentang pengurus di England -- mereka dipanggil pengurus di England, bukan jurulatih -- kerana mempunyai hanya satu pekerjaan sahaja, iaitu sebagai bos kelab.
"Ia berbeza di Jerman di mana semua orang boleh menyuarakan pendapat mereka, semua orang boleh memainkan peranan dalam keseluruhan struktur pengurusan.
"Pada akhirnya, hanya seorang sahaja yang boleh membuat keputusan dan saya rasa ia harus terletak di tangan jurulatih, ia sesuatu yang kami (dia dan kelab) gagal mencapainya. Malangnya, kami tidak bersetuju tentang banyak perkara."
Namun, dia meyakinkan penyokong kelab itu bahawa dia tidak meninggalkan mereka dalam keadaan kacau-bilau dan bekas pengurus Bayern Munich itu yakin Hertha di kedudukan yang baik walaupun menghampiri tiga pasukan tercorot.
"Ramai yang mengatakan ia berakhir dengan kekacauan -- itu tidak benar sama sekali," tambahnya.
"Pasukan ini stabil dan ketika kami dilantik, mereka di kelompok penyingkiran dengan mengumpul mata yang sama, tetapi kini mereka dibezakan dengan enam mata. Pasukan ini stabil dan beraksi dengan cara yang berbeza menerusi cara kami.
"Matlamat untuk tahun ini adalah untuk kekal dalam saingan. Tahun depan matlamatnya adalah ke arah Eropah. Ia sangat penting kerana jika anda tidak mempunyai matlamat, tiada gunanya untuk turun dari katil pada waktu pagi."
Editor: Shaiful Shamsudin