Walaupun belum ada kepastian daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenai pasukan mana yang bakal terpilih untuk mengisi slot tunggal ke Liga Super, Kuala Lumpur (KL) Rovers tidak mahu sekadar menunggu.

Malah, beberapa pelan sudah dirangka dengan hasrat untuk mempersiapkan pasukan jika benar mereka layak ke Liga Super musim ini.

Dua pemain B-23- Indonesia dan dua dari Brunei di bawah radar KL Rovers selain enam hingga tujuh pemain dari Skuad Projek MSN-FAM.

‘Kita masih lagi berharap bahawa keputusan KL Rovers untuk pergi ke Liga Super diterima secepat mungkin supaya kita boleh mula daripada segi pemain, pasukan teknikal serta barisan kejurulatihan. Kita memang dah ada barisan kejurulatihan cuma kita tak boleh dedahkan.

"Kami sangat berharap kalau boleh keputusan sebab kita dah sah hantar permohonan. Saya rasa dokumentasi kita sudah lengkap semuanya cuma kita nak tahu sekarang adakah ianya diterima," katanya.


Tegas Aznor, sekiranya ada kesegeraan daripada MFL untuk mengumumkan pasukan mana yang layak, ia lebih membantu KL Rovers untuk membentuk pasukan musim ini.

‘Kita setuju perlu pemain import tapi untuk mengikut kuota ianya subjektif. Kita masih berbincang mengenai itu. Kita akan beri lebih fokus kepada pemain import dari Indonesia yang mungkin kita akan bawa.

"Sudah ada perbincangan rasmi mengenai pemain yang akan dipilih. Daripada segi perbelanjaan operasi kelab juga kita ambil berat. Kita harap boleh melawan tapi dengan kos yang baik," katanya.