Ketua jurulatih Kuala Lumpur Rovers, Wan Mustafa Wan Ismail, menganggap hanya dua terbaik daripada Liga M3 layak merebut slot tunggal ke Liga Super musim 2024/25.
Ia merujuk kepada juara liga, Imigresen FC dan naib juara, KL Rovers, yang berhempas pulas untuk mengisi slot terbaik sepanjang musim 2023.
Namun, menerusi pengumuman penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL), seolah-olah membuka peluang kepada semua pasukan daripada Liga M3, bersaing merebut slot tunggal yang ditawarkan.
"KL Rovers memang dalam proses untuk membuat permohonan dan saya harap ia berjaya.
"Sebagai pasukan yang berpusat di Ibu Kota, ini satu lagi kelebihan untuk pemain di Ibu Kota yang mempunyai banyak pasukan akademi di pelbagai peringkat umur yang teruja bermain di peringkat teratas.
"Kalau KL Rovers dibenarkan bertanding, ini satu berita baik untuk peminat di Ibu Kota," katanya.
Dengan masa yang ada, sudah pasti KL Rovers tidak mahu ketinggalan untuk mengejar peluang tersebut.
Begitpun, masalah sedia ada yang dilalui sejak musim lalu ialah mendapatkan penaja terbaik.
Jika isu ini berjaya diselesaikan, KL Rovers yakin rayuan yang kepada MFL mampu memihak mereka, sekali gus isu slot yang dikosongkan Kelantan FC.