Skip to main content

Bola Sepak

KL City miliki percaturan terbaik hadapi Selangor FC

kl-city.jpg
Kehangatan perlawanan Selangor FC menentang musuh tradisi, Kuala Lumpur City, semakin terasa apabila The City Boys sedia untuk mengerah segala kudrat bagi memastikan kemenangan. 

Kedua-dua pasukan, yang mempamerkan prestasi tidak menentu selepas masing-masing memungut satu kemenangan dan satu kekalahan, pasti bertekad memperkemaskan permainan dalam usaha menjelmakan rentak sebenar.

"Perlawanan ini tidak akan berlangsung seperti perlawanan pertama (aksi pra-musim). Ini perlawanan yang sukar, kedua-dua pasukan ingin mendapatkan mata, ini pertemuan 'derby' tempatan. 




"Kami tiada masalah kecederaan, persiapan kami berjalan lancar. 

"Kami akan turun dengan barisan terbaik cuma saya perlu pastikan mengenai kelesuan dan kecederaan ringan dalam kalangan pemain, jadi saya jangka rombakan kecil," kata jurulatih KL City, Bojan Hodak.

Bagi merealisasikan kejayaan kedua berturut-turut, Hodak mengenal pasti beberapa elemen permainan yang perlu ditekankannya: "Sekiranya Selangor diberi ruang, mereka boleh menjadi berbahaya. 

"Empat pemain di barisan depan terutama pemain muda, Oliver Buff, yang sudah melakar dua gol setakat ini."

Jurulatih dari Croatia itu terpaksa akur apabila sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas UiTM FC selain pintu gol mereka kerap diuji.

Tetapi dia melihatnya dari sudut positif dan menjangkakan peningkatan persembahannya mereka.

"Kami mempunyai beberapa pemain berpengalaman yang mempunyai kawalan bola yang baik selain kemasukan pemain-pemain muda. 

"Kini terdapat seorang pemain yang mula menyerlah dan selepas beberapa perlawanan lagi, saya harap lebih ramai yang menonjol," katanya lagi. 


 

GIVING ? Persediaan untuk menghadapi pasukan Kuala Lumpur City FC sedang giat berlangsung di FASTC. Ayuh, Gergasi Merahku! #RedGiants #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Thursday, March 11, 2021


Jurulatih Selangor, Karsten Neitzel, berdepan ujian membuat percaturan di bahagian tengahnya selepas kehilangan Halim Saari akibat kecederaan serius sementara ketua pasukan, Brendan Gan, belum pasti diturunkan. 

"Kami tewas dalam perlawanan terakhir. Ini buat kali terakhir saya perlu membangkitkannya kerana kami mahu memandangkan ke depan. 

"Saya mengharapkan peningkatan dalam persembahan khususnya menentang KL. Kami perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk mengalahkan mereka.

"Kami ada beberapa pemain yang mampu bermain di posisi berbeza.

"Mereka pemain yang bagus dan boleh menggalas peranan Halim sebagai peranan nombor enam," katanya. 
 

⚽ JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS3 Saksikan siaran langsung Melaka United FC lwn Sri Pahang FC di TV1 dan RTM...

Posted by Malaysian Football League on Thursday, March 11, 2021
 

Advertisement

Must Watch Video