'Kita tak tahu apa yang FIFA ada'
Itu persoalan yang ditimbulkan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, yang menegaskan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman jika tanpa sebarang bukti kukuh.
Ujarnya, FIFA sentiasa terikat kepada prosedur yang termaktub dalam undang-undang badan induk bola sepak dunia berkenaan, bagi menangani setiap isu atau laporan yang diterima.
Saifuddin yang kali terakhir berkhidmat di Kelana Jaya pada 2022 menjelaskan, FAM perlu mengemukakan hujah kukuh bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.
Tambahnya, tugas selaku Setiausaha Agung FAM bukanlah satu kenikmatan, sebaliknya penuh dengan tanggungjawab serta amanah yang cukup berat untuk dipikul.
"Kita tahu apa yang kita ada, dan kita tidak tahu apa yang FIFA ada.
"Mereka tidak akan membuka kertas siasatan jika ia mendapati kandungan bantahan itu tidak benar.
"Sekiranya mereka membuka fail prosiding ini, bermakna memang ada unsur tidak betul atau boleh diterima.
"Semasa saya menjawat posisi ini, saya telah dilatih oleh mendiang Datuk Seri Paul Mony Samuel.
"Sebelum anda membuat satu perkara, dia beri saya buku perlembagaan.
"Jangan melanggar perlembagaan. Jangan beri peluang untuk musuh tikam anda," katanya di Nadi Arena.
Ketika ditanya mengenai peluang Malaysia untuk memenangi isu melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, ini jawapannya:
"Siapa dalam Malaysia ini tidak sayang bola sepak kebangsaan.
"Lebih daripada 20 tahun bola sepak sebati dengan diri saya. Saya ingin melihat Malaysia maju.
"Saya pernah cakap kepada Ken Worden dahulu, betapa bagus atau buruknya anda, anda tetap memiliki satu peratus.
"Apakah maksud satu peratus itu?
"Ia adalah nasib," tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Ini reaksi bekas Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkenaan isu melibatkan 7 pemain warisan Harimau Malaya.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 23, 2025
More on Nadi Arena 6.30 petang ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/VmUP8z9YJR
Ketika ditanya mengenai peluang Malaysia untuk memenangi isu melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, ini jawapannya:
"Siapa dalam Malaysia ini tidak sayang bola sepak kebangsaan.
"Lebih daripada 20 tahun bola sepak sebati dengan diri saya. Saya ingin melihat Malaysia maju.
"Saya pernah cakap kepada Ken Worden dahulu, betapa bagus atau buruknya anda, anda tetap memiliki satu peratus.
"Apakah maksud satu peratus itu?
"Ia adalah nasib," tambahnya.
Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang