LIGA SUPER MSIA

Kita mahu cerita mengenai 10 Arif Aiman -- Pemerhati

Stadium Astro
Saufi Tahir
04/04/2025
13:22 MYT
Sponsor Banner
Kita mahu cerita mengenai 10 Arif Aiman -- Pemerhati
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Richard Scully, berasakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu membawa peranan lebih besar sebaik memilih untuk mengemudi Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Kehadiran badan induk itu dalam pengurusan AMD perlu mempunyai impak jangka masa pendek selain menerangkan dengan lebih terperinci akan pembaharuan yang bakal diterapkan dalam projek pembangunan itu nanti.
Sekiranya figura Arif aiman dilabelkan sebagai produk terbaik yang pernah dilahirkan AMD, mungkin dengan adanya FA maka lebih ramai Arif Aiman bakal tampil mewarnai persada bola sepak negara.
"Kita mengharapkan (perkara) sedemikian kerana perkara itu mungkin berada dalam hala tuju. Seperti kita sedia maklum, bola sepak senior sedang menuju transformasi besar, kita perlu ada bekalan berantai dan pembangunan perlu ada pendekatan sedemikian.
"Itulah hasrat dan cita-cita saya, takkan mahu cerita satu hari hanya satu Arif Aiman sahaja. Kita mahu cerita mengenai 10 Arif Aiman dan selebihnya. itulah hasrat kita untuk menjurus ke situ. Jika dengan kehadiran FAM itu boleh realisasikan perkara itu." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video