Pemerhati bola sepak negara, Datuk Pekan Ramli, melihat perlawanan antara Negeri Sembilan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai satu perkembangan positif dalam kancah bola epak tempatan.
Ini susulan pasukan itu terlebih dahulu mendahului JDT 2-0 di laman sendiri sebelum skuad kendalian Xisco Munoz terpaksa bekerja keras melakar kemenangan 5-3 di Iskandar Puteri.
"Ia satu perkembangan menarik buat arena bola sepak tempatan. Malah para peminat turut disajikan dengan satu corak permainan yang menghiburkan apabila lapan gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.
"Kita tahu JDT akan buat 'comeback' dan menang perlawanan itu, namun selepas bolos dua jaringan, kita dapat lihat JDT agak panik. Kemudian mereka memasukkan beberapa pemain utama.
Arif Aiman memainkan peranan penting dalam pasukan, mampu mengucar-kacir benteng lawan, mengubah rentak permainan, membuka jalan kepada rakan dan berupaya menghasilkan gol untuk membantu kemenangan JDT," katanya.
Malah, kejayaan anak buah Nizam Jamil itu membuka perspektif baru bahawa pasukan dalam saingan liga mampu mencipta sesuatu ketika memberikan saingan berdepan juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu.
Negeri Sembilan membuka perspektif baharu buat pasukan lain. Mereka berjaya memecah halangan berasa rendah diri apabila berjumpa JDT. Tidak perlu parkir bas dan tidak takut dibolosi.
"Kita harap pasukan lain tidak terlalu skeptikal dan berasa tidak mampu beri saingan kepada JDT.
"Beri cabaran sengit dan tiada siapa yang rugi (andai kalah) setelah pemain beri yang terbaik. Permainan terbuka dan main sahaja seperti biasa." tambahnya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Miliki Edisi Rasmi

Kebanggaan Johor-Harimau Selatan
Rebut merchandise rasmi JDT sebelum ia sold out! Dari jersi edisi terkini hingga koleksi eksklusif untuk penyokong tegar. Stok terhad!
Miliki Edisi Rasmi