NANTES 1 PSG 2
Presnel Kimpembe bersalah kerana terlalu yakin dan melakukan kesilapan sehingga memaksa Paris Saint-Germain (PSG) berdepan situasi getir sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Nantes awal pagi tadi, kata Thomas Tuchel.
Mouro Icardi membuka jaringan dalam babak pertama sebelum Thilo Kehrer menggandakannya dalam separuh masa kedua untuk PSG menguasai perlawanan Ligue 1 itu di Stadium La Beaujoire -- pasukan Paris itu turun tanpa Neymar yang mengalami kecederaan rusuk.
Bagaimanapun, tindakan Kimpembe melakukan acahan ketika menerima hantaran ke belakang Marco Verratti mengundang padah apabila Moses Simon meluru ke arahnya untuk menjaringkan gol pada 22 minit terakhir.
Simon kemudian mensia-siakan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, Keylor Navas, dan pemain gantian, Renaud Emond, turut terlepas peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya membantu Nantes mendapatkan satu mata.
"Adakalanya ia berlaku seperti itu. Padang ini sukar dan saya amat kagum dengan cara kami bermain selama 70 minit," katanya kepada Canal+.
"Ia amat cemerlang. Kami amat agresif dan menguasai permainan.
"Kami boleh menjadikannya 4-0 tetapi disebabkan satu kesilapan, ia menjadi 2-1.
"Ia mungkin kerana terlalu yakin tetapi ia boleh berlaku.
"Anda tidak sepatutnya mengambil terlalu banyak risiko.
"Mereka mendapatkan peluang dan bermain dengan sangat berani selepas itu.
"Inilah bola sepak. Tetapi yang paling penting, kami mempunyai kualiti.
"Dan kami sentiasa memperoleh peluang untuk menjaringkan gol.
"Mentaliti kami amat hebat," katanya.
Kylian Mbappe memulakan perlawanan itu biarpun dilihat berang ketika dikeluarkan sewaktu menewaskan Montpellier 5-0 di Stard des Princes hujung minggu lalu.
Pemenang Piala Dunia itu memaparkan aksi terbaiknya dalam babak pertama tetapi terlepas beberapa peluang ketika PSG tertekan pada penghujung permainan.
Ditanya bagaimana penilaiannya mengenai Mbappe, Tuchel berkata: "Dia telah memaparkan aksi terbaiknya."
Editor: Muzaffar Musa