Skip to main content

Bola Sepak

Kimmich tidak akan tinggalkan Bayern musim panas ini -- Rummenigge

17517kimmich.jpg
Bayern Munich menolak cadangan Joshua Kimmich akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim 2016-17.

Laporan Stuttgarter Zeitung menyatakan Kimmich meluahkan kekecewaannya selepas kurang diberikan peluang beraksi dan sering membuat keputusan untuk meninggalkan kelab untuk diberikan peluang beraksi.

Bagaimanapun, Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, menyatakan ia merupakan khabar angin dan menegaskan Kimmich masih memiliki kontrak sehingga tahun 2020 untuk kekal di Alliaz Arena.

"Laporan itu tidak benar, ia merupakan khabar angin," kata Rummenigge.

"Kimmich masih memiliki kontrak bersama Bayern sehingga tahun 2020 dan akan beraksi untuk Bayern pada musim hadapan."

Bayern juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan tersebut.

"Bayern akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Stuttgarter Zeitung," tegasnya.

Kimmich menyertai Bayern daripada Stuttgart pada 2015 dan memperluaskan kualiti permainannya sebelum terpilih menyertai skuad utama juara Bundesliga itu.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 39 penampilan musim ini dan menjaringkan lapan gol.

Advertisement

Must Watch Video