Pengendali Jerman, Joachim Low, berpendapat Joshua Kimmich mampu menggalas tugas selaku pemain tengah bertahan untuk Jerman secara tetap selepas menampilkan aksi cemerlang ketika berdepan Perancis.
Kimmich, yang merupakan bek kanan buat Bayern Munich dan mampu beraksi selaku pertahanan tengah, bermain bersama Toni Kroos di bahagian tengah sewaktu skuad Die Mannschaft itu mengikat juara dunia, Perancis, 0-0 kelmarin.
Low memuji persembahan daripada Kimmich dan turut melihat potensi bek Paris Saint-Germain (PSG), Thilo Kehrer, untuk bermain di bahagian tengah.
"Saya rasa Kimmich mampu menjadi penyelesaian di bahagian tengah bertahan pada masa depan kerana saya sukakannya beraksi di situ," kata Low.
"Matthias Ginter menjalankan tugas dengan baik di bahagian kanan. Dia menyelamatkan kami beberapa kali ketika diperlukan.
"Sebagai tambahan, saya juga melihat Kehrer selaku pemain tengah. Dia pantas, memiliki bentesan yang kemas dan bagus secara teknikal," tambahnya.
Selepas memilih barisan berpengalaman sewaktu berdepan Les Bleus, Low membayangkan akan memberi peluang kepada skuad kedua untuk menghadapi Peru dalam aksi seterusnya seperti penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, untuk cuba memikat perhatiannya.
"Kestabilan adalah fokus utama dalam sesi latihan dan saya rasa kami melakukannya dengan baik. Kami bertahan dengan bagus.
"Jerman adalah pasukan yang baik ketika menentang juara dunia. Kami mahu meneruskan aksi sama ketika berdepan Peru.
"Saya mungkin akan melakukan enam pertukaran untuk aksi awal pagi esok dan menggunakan pilihan yang ada. Nico Schulz dan Julian Brandt pasti akan beraksi.
"Ter Stegen akan memulakan perlawanan," katanya lagi.