Pemain pertahanan Republik Korea, Kim Young-gwon, berazam untuk tidak melakukan kesilapan mudah selepas terpaksa melalui perjalan sukar ketika aksi pusingan kumpulan yang menyaksikan mereka hanya memperoleh kemenangan satu kali -- ketika menentang Bahrain -- dan keputusan seri ketika menentang Jordan dan Malaysia saingan Piala Asia Qatar.
"Kami tahu kami tidak mempamerkan aksi terbaik dan untuk itu kami telah menerima padahnya.
"Kami kecewa kerana tidak menamatkan saingan di tempat pertama kumpulan dan kami tekad untuk bangkit semula,"kata Young-gwon.
Pertembungan di antara Republik Korea itu bakal berlangsung di Stadium Education City, tempat sama di mana Young-gwon mempamerkan aksi cemerlang membantu Taeguk Warriors menewaskan Portugal dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022.
"Jelas sekali saya mempunyai kenangan yang hebat di Stadium Education City tetapi tiada apa yang mengenai saya sekarang. Fokus saya hanya untuk membawa Korea menang mengatasi Arab Saudi nanti.
"Kami dihukum atas kesilapan kami dan bernasib baik ia berlaku ketika perlawanan peringkat kumpulan. Kami jadikan ianya sebagai pengajaran dan kami akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk perlawanan akan datang," katanya.